~~ sign~~
╔══╗
╚╗╔╝
╔ (¯`v´¯)
╚ . ¸.♥ U
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)
/█\ ♥/█\
✿❀•❤•✿❀❤
"FAMILIES"
"MOHD HAFIZAN"
"ALL FReNS"
~~fatIhah nazali,ain nadia,mimie melissa~~
H@FIB@h fOrever(",)
♫♫♪♫♫♫♪♫
Sunday, October 7
surah-surah amalan bagi ibu hamil
Kandungan aku dan masuk
minggu yg ke-13,means dh 3 bulan..Alhamdulillah baby sihat,mase scan nampak
jantung dia berdegup sihat je,mama dia yang xberape nk sihat ni,,macam-macam
rase la bile kandungan makin nak membesar,rase nak demam,ade gatal-gatal kat
lengan,kepale n perut,xboleh mkn sampai kenyang mesti nk termuntah,sepatutnya
alahan-alahan tu dh hilang bila masuk kandungan 3 bulan,tapi mungkin depends
atas diri kot. Hari tu first time ambk darah dekat pelipat lengan tu,nak tgk
takut tapi tgk jugak mase misi ambk,nak tgk byk mne dia curi darah
aku..kiki,,tapi yang plg xsuke bile everytime pg klinik mesti kne bagi urine
kat makmal,malu der nak bwk urine tu dh la kne lintas kuanter ubat,org berderet
duk tgk plak tu,ayooo tapi aku tebalkan muke je,,next chek up akhir bulan ni
plak. Setakat ni aku dah amalkan beberapa surah amalan untuk ibu
mengandung,alhmdulillah lepas je solat aku mengaji dan aku sentiasa berdoa agar
kandungan aku tiada masalah,baby aku sihat,sempurna dan selamat. InsyaAllah semoga
urusan dipermudahkan dan lancar. Zikir dan wirid-wirid lepas solat juga aku
xlupa. Selain dr baca sendiri, aku jugak dh download beberapa surah nak bagi
baby dgr sebelum tido. ;)
Surah-surah Amalan
1) Surah A-Fatihah (harus
dibaca sebanyak 70 x sehari ketika hamil semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu
pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra
mazmumah,)
2) Surah Yusuff (Ibu yang sedang mengandung disarankan agar
memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik,
tampan dan tabah menghadapi ujian)
3) Surah Luqman(Ibu
yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi
yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah
yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah)
4) Surah Maryam (ibu yang sedang hamil disarankan
untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti
mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian.
Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak)
5) Surah
Al-Hujurat (untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati
anak yang bakal dilahirkan)
6) Surah
Yassin (untuk ketenangan hati dan anak jauh dari godaan syaitan)
7) Surah
Al-nur( supaya dapat memberi petunjuk kepada anak yang bkl
dilahirkan)
Nikmat
mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang
dikurniakan Allah SWT kepada wanita.
Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan
berharga. Tempoh mengandung adalah detik emas yang seharusnya dimanfaatkan
sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment